Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

51) JMB DAN PENGURUSAN PANGSAPURI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menaik tarafkan pengurusan JMB dengan memberikan insentif sewajarnya seperti mana kampung-kampung tradisi ditadbir?

    Kerajaan negeri tidak bercadang untuk manaik tarafkan pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dengan memberikan insentif seperti mana kampung-kampung tradisi ditadbir. Selaras peruntukan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663], pembayaran elaun kepada Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) boleh dibuat melalui Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Bangunan. Pelbagai program dan skim bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban ekonomi pembeli pangsapuri di bandar seterusnya membantu pengurusan JMB agar lebih teratur dan terurus seperti berikut: SAFWA ‘Selangor Free Water Scheme’

    Program pemberian air percuma kepada penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal melalui kaedah ‘Lapor Dan Dapat’.

    PERMAI ’Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu’

    Penyelesaian dan pelaksanaan migrasi meter air pukal kepada meter air individu bagi pangsapuri bukan kos rendah (Kod 17) melalui Task Force PERMAI.

    CERIA ’Caring Government For Residents Improvement Aid’ Bantuan baikpulih rumah pangsapuri melalui kaedah perkongsian kos diantara kerajaan negeri dan Pihak Pengurusan Bangunan iaitu JMB/MC.

    Pendakwaan

    Penguatkuasaan Akta 663 melalui tindakan pendakwaan kepada pemaju yang gagal menubuhkan JMB dan pembeli yang gagal membayar caj.

    Kempen BCH ’Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni’

    Memberi mesej dan kesedaran kepada penduduk pangsapuri agar menjalankan tanggungjawab mereka membayar caj penyenggaraan melalui aktiviti dan promosi yang dijalankan oleh pelbagai agensi.

    SEROJA ’Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri Negeri Selangor’ Bantuan kerajaan negeri kepada JMB/MC sebagai insentif kepada penduduk yang bekerjasama menjaga keselamatan kawasan pangsapuri masing-masing

Lampiran

Tiada Lampiran.