Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

14) JOM JIMAT AIR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kesemua program yang telah dijalankan di bawah Kempen Jom Jimat Air setakat sekarang dan bagaimana kempen ini telah berjaya menurunkan kegunaan air per kapita di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

    Kempen Jom Jimat Air merupakan satu bentuk usaha jangka panjang dan berterusan bagi mewujudkan budaya berhemat dalam penggunaan air. Antara program-program yang dilaksanakan melalui kempen tersebut setakat ini adalah:

    • Pelancaran oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 27 Mac 2016.
    • Hebahan melalui bil air.
    • Hebahan melalui poster, billboard, sticker dan media alternatif.
    • Pameran di tapak ekspo atau karnival oleh Air Selangor.
    • Pertandingan jom jimat air bagi pangsapuri dan apartmen.

    Sekiranya diukur dari segi penggunaan air, penggunaan air di Selangor pada waktu ini adalah pada tahap yang tidak banyak berubah, namun fokus dan matlamat utama yang cuba disampaikan melalui kempen ini adalah aspek pembudayaan yang melibatkan perubahan sikap dan cara hidup. Usaha merobah budaya adalah usaha jangka panjang dan perlu dilakukan melalui sistem pendidikan seawal kanak-kanak lagi.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.