Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

72) JOM KERJA PENCAPAIAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kejayaan program jom kerja yang telah di adakan di beberapa DUN sehingga menjadi satu program ikut-ikutan kelab belia 1 Malaysia dan pemuda dan Puteri UMNO bahagian subang

    Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
    Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah
    mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakan Program Jelajah Jom
    Kerja dan Program Jom Kerja melibatkan daerah – daerah di Negeri Selangor.
    Objektif program adalah seperti berikut:
    i) Menyediakan peluang kerjaya kepada masyarakat setempat di Selangor
    terutama golongan belia dan ibu tunggal;
    ii) Membantu syarikat – syarikat yang memerlukan tenaga kerja khususnya
    di tahap kritikal dengan mendahulukan penglibatan di kalangan warga
    tempatan; dan
    iii) Membantu Kerajaan Negeri untuk meminimumkan senario gejala sosial.
    Antara pencapaian atau kejayaan Program Jom Kerja adalah seperti berikut:
    Pencapaian Program Jom Kerja Siri I melibatkan Daerah Kuala Selangor
    dan Sabak Bernam pada 7 hingga 8 November 2009

    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung /
    pemohon yang
    mendaftar
    Pemohon yang
    Berjaya di temuduga
    20 buah 1,078 480
    PERATUSAN (%) 100 44.5

    Pencapaian Program Jom Kerja Siri II melibatkan Daerah Kuala Langat
    pada 14 hingga 15 Disember 2009
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung /
    pemohon yang
    mendaftar
    Pemohon yang berjaya
    di temuduga
    16 buah 1,672 670
    PERATUSAN (%) 100 40
    Pencapaian Program Jom Kerja Siri III melibatkan Daerah Klang
    pada 9 hingga 10 Januari 2010.
    Jumlah Syarikat Terlibat Pengunjung /
    pemohon yang
    mendaftar
    Pemohon yang
    Berjaya di temuduga
    29 buah 2,060 886
    PERATUSAN (%) 100 43
    Manakala Pencapaian Program pencarian Pekerja (3P) yang telah dilaksanakan
    oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor adalah seperti berikut :
    Bil Lokasi Tarikh Jumlah Penempatan
    1. Subang Jaya 5 Disember 2010 812
    2. Pelabuhan Klang 5 Disember 2010 1055
    3. Kuala Selangor 20 November 2010 47
    Jumlah 1055
    Anggaran seramai 4000 pencari pekerjaan adalah terdiri daripada siswazah dan
    bukan siswazah telah ditemuduga sepanjang berlangsungnya program tersebut.
    Selain itu, program yang dilaksanakan tidak memfokuskan kepada peluang
    pekerjaan di sektor perindustrian sahaja tetapi terbuka kepada semua sektor.
    Manakala berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Penyiasatan Tenaga
    Buruh yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran
    di Selangor adalah sebanyak 3.6 peratus pada tahun 2009. Penyiasatan ini
    dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan antarabangsa iaitu
    International Labour Organisation (ILO) melalui Manual on concepts and
    methods of survey of economically acvite population, employment,
    unemployment and underemployment yang diguna pakai oleh semua Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.