Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

175) JOM SHOPPING

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program Jom Shopping?

    Program pemberian bantuan sempena perayaan merupakan di antara program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan khusus untuk golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut perayaan. Ini secara tidak langsung membantu melaksanakan agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos taraf hidup. Program ini dilaksanakan menjelang perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Untuk pelaksanaan program, setiap Pejabat DUN akan mengenalpasti penerima- penerima bantuan yang layak mengikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap DUN dan kriteria pemilihan penerima bantuan yang ditetapkan. Setelah itu, Pejabat DUN perlu mendaftarkan maklumat bagi penerima bantuan yang layak ke dalam sistem Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

    Bagi tahun 2015, Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2015 telah dilaksanakan pada 1 Februari 2015 hingga 27 Februari 2015 yang lalu. Jawatankuasa Tetap Kemiskinan kini sedang dalam proses pemuktamadan Kertas MMKN untuk dibentang di dalam MMKN akan datang sebagai persediaan untuk Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 dan Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan Deepavali Tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.