Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

105) JOM SHOPPING

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kewangan yang diperuntukkan untuk program tersebut sejak diperkenalkan hingga 2013?

    Program JOM Shopping merupakan satu program nilai tambah sebagai manfaat semasa hidup kepada Ahli-ahli berdaftar Skim Mesra Usia Emas. Sejak diperkenalkan pada Julai 2010 sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan. Tambahan RM1.6 juta lagi telah diberikan pada awal tahun 2013 yang lalu. Sehingga Oktober 2013, jumlah kewangan yang diperuntukkan untuk program ini adalah RM11.6 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.