Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

2) JOM SHOPPING RAYA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa peratuskah menerima Jom Shopping Raya yang mengundi di Selangor dalam tempoh 2013 Ð 2015?

    Program pemberian bantuan sempena perayaan merupakan program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan khusus untuk golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut perayaan. Ini secara tidak langsung membantu melaksanakan agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos taraf hidup.

    Sehingga Jun 2015, jumlah penerima bantuan Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan adalah seramai 264,797 orang, iaitu 12.92% daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 2,048,828 orang. Maklumat berhubung jumlah penerima bantuan bagi tahun 2012 hingga tahun 2015 adalah seperti di JADUAL 3.

Lampiran

Tiada Lampiran.