Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

51) JOM SHOPPING S.M.U.E

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan bercadang untuk meneruskan program jom shopping kepada semua ahli?

    Setiap program yang baik, bermanfaat dan dapat membantu rakyat meringankan bebanan mereka akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri. Demikian juga program JOM Shopping ini yang dilihat cukup baik dalam menjadi saluran penyampaian hasil negeri kepada rakyat. Ia juga dapat menjadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat di samping mengeratkan lagi hubungan antara Ahli-ahli Dewan Negeri dengan rakyat di bawah pentadbiran mereka.

    Walau bagaimanapun, keputusan sama ada untuk meneruskannya atau digantikan dengan program baru adalah bergantung kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Segala kesan positif dan negatif akan dilihat secara keseluruhan agar ia benar-benar memberi manafaat kepada rakyat sebelum sebarang keputusan itu akan dibuat.

Lampiran

Tiada Lampiran.