Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

31) JOM SHOPPING SMUE

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan program Jom Shopping SMUE yang telah dihentikan sebelum ini?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk meneruskan program Jom Shopping SMUE yang kali terakhir dilaksanakan pada bulan April 2014. Ini adalah kerana buat masa ini, sebahagian wargaemas masih boleh menikmati pelbagai manfaat semasa hidup dari pelbagai skim IPR lain yang laksanakan oleh Kerajaan Negeri seperti Jom Shopping perayaan, Air Percuma, Skim Peduli Sihat, Khidmat Bas Selangorku dan lain-lain manfaat IPR bagi mereka yang layak.

Lampiran

Tiada Lampiran.