Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

5) JOM SHOPPING WARGA EMAS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan semula JOM Shopping untuk warga emas?

    Program JOM Shopping kini telah ditangguhkan pelaksanaannya  untuk sementara waktu. Ia disebabkan RMSB sudah tidak lagi menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk melaksanakannya.

    Walau bagaimanapun, satu cadangan baru untuk JOM Shopping Ahli SMUE ini telah dikemukakan dengan menggunakan sebahagian daripada jumlah wang manfaat skim tersebut agar Ahli SMUE dapat merasakannya semasa mereka masih hidup.

    Proses meminda trust deed sedang dilakukan dan program ini akan dijalankan semula sebaik sahaja semua keperluan yang berkaitan dapat diselesaikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.