Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

37) JPS GOMBAK

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah lokasi yg dikenal pasti di DUN Gombak Setia sebagai tempat banjir kilat?

    Secara umumnya, hanya satu lokasi yang dikenalpasti sebagai tempat banjir kilat di DUN Gombak Setia iaitu di Taman Gombak Ria. Berikut di bawah adalah punca kejadian banjir kilat boleh berlaku di kawasan taman tersebut :

     

    • Kawasan Kontur rendah (lembah)
    • Sistem saliran dalaman tidak selari dengan kehendak saliran sediada dimana terdapat struktur-struktur haram atau setinggan yang menghalang aliran mengalir dengan sempurna dan pertambahan kuantiti
    • Terdapat utiliti yang menghalang aliran dimana utiliti dipasang tidak mengikut

     

    Namun begitu bagi mengatasi masalah kejadian banjir kilat berlaku secara berterusan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kertas kerja berhubung dengan masalah tersebut. Cadangan kertas kerja yang dimaksudkan adalah mengenai kajian ke atas perlaksanaan kerja-kerja tebatan banjir termasuk kerja-kerja peningkatan taraf dan pembaikan sistem saliran sediada bagi menampung pertambahan kapasiti air pada masa hadapan. Penekanan turut diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas utiliti-utiliti yang perlu diambil tindakan di sepanjang parit bagi mengatasi penyumbangan ke arah masalah kejadian banjir berlaku.

Lampiran

Tiada Lampiran.