Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

127) JPS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Merujuk kepada kejadian longkang pecah dan jalan mendap di Riana Ukay, Sg Sering, Hulu Kelang. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan JPS mengambil masa terlalu panjang untuk memulakan kerja-kerja pembaikan?

    Jabatan Pengairan dan Saliran perlu membuat penyelarasan bersama MPAJ berkenaan kes ini memandangkan longkang tersebut telah dibina oleh pemaju terdahulu dan bukan Jabatan ini. Laporan siasatan telah dikemukakan kepada MPAJ pada bulan Jun dan 3 Julai 2013 untuk tindakan selanjutnya sebelum keputusan pembaikan diambil. Selain itu, penyediaan butiran untuk memanggil kerja-kerja sebut harga serta proses-proses berkaitan sebelum tawaran kepada pemaju yang berjaya turut mengambil masa.

Lampiran

Tiada Lampiran.