Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

60) JUALAN MINUMAN KERAS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur permohonan lesen penjualan minuman keras di Selangor?

    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    Dimaklumkan bahawa pemohon baru lesen penjualan minuman keras perlu mengemukakan dokumen yang disenaraikan dalam senarai semak seperti di lampiran 2 dua bulan sebelum bermulanya penggal baru. Pemohon juga dikehendaki membuat iklan di surat khabar mengenai cadangan perniagaan tersebut bagi mendapatkan maklumbalas orang awan sekiranya terdapat sebarang bantahan,

    Setiap permohonan yang lengkap tanpa sebarang bantahan daripada orang awam akan diterima dan dikemukakan kepada pihak Kastam, PBT dan juga Pihak Jabatan Kesihatan Daerah.

    Surat maklumbalas permohonan tersebut akan diperolehi daripada pihak Kastam manakala Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Jabatan Kesihatan akan memberi maklumbalas terperinci semasa mesyuarat Lembaga pelesenan diadakan iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun. Pengerusi Lembaga Pelesenan akan meluluskan permohonan setelah mendapat sokongan dan persetujuan daripada semua pihak (termasuk Ahli Lembaga Pelesenan, pihak Polis, dll). Surat kelulusan daripada Pejabat Daerah dikeluarkan kepada pemohon untuk mendapakan Lesen Menjual Minuman Keras dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan di Akta Eksais 1976

     

Lampiran

Tiada Lampiran.