Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

97) JUMLAH BELIA YANG SUDAH DIBANTU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri mewar-warkan pelbagai program untuk membantu belia-belia anak Selangor membina masa depan dengan kehidupan yang lebih sempurna. Berapakah jumlah peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia-belia anak Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tenaga Kerja Selangor telah menyediakan pelbagai jenis pengkhususan kerja kepada belia-belia anak Selangor. Perangkaan kekosongan Jawatan Aktif dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Mei 2009 adalah sebanyak 3339 kekosongan. Jenis pengkhususan pekerjaan adalah seperti berikut :

     

    1. Pentadbiran dan Pengurusan – 4 Kekosongan
    2. Profesional – 118 Kekosongan
    3. Juruteknik dan berkaitan – 264 Kekosongan
    4. Perkeranian – 339 Kekosongan
    5. Perkhidmatan dan Jualan – 367 Kekosongan
    6. Pekerja Mahir Pertanian dan Perikanan – 63 Kekosongan
    7. Pekerja Pertukangan dan berkaitan – 19 Kekosongan
    8. Operator loji dan Mesin Pemasang – 1543 Kekosongan
    9. Pekerja Asas – 622 Kekosongan

Lampiran

Tiada Lampiran.