JUMLAH KUTIPAN HASIL CUKAI TANAH

97) JUMLAH KUTIPAN HASIL CUKAI TANAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan peratusan dan jumlah kutipan hasil cukai tanah mengikut Pejabat Tanah masing-masing.

    Untuk makluman YB. Pandamaran, melalui semakan di dalam Sistem eHasil sehingga 30 September 2020, jumlah kutipan cukai tanah adalah berjumlah RM449,150,792.85. Pecahan kutipan cukai tanah mengikut daerah, Klang adalah sebanyak RM109,117,763.29, Kuala Langat RM13,343618.09, Kuala Selangor RM14,834,902.02, Hulu Langat RM36,781,898.54 diikuti Hulu Selangor RM39,237,960.46, Petaling RM151,012,181.75, manakala untuk Gombak pula adalah sebanyak RM59,213,199.44, Sepang sebanyak RM22,330,615.33 dan akhir sekali Sabak Bernam sebanyak RM3,278,653.93.

    Bersama ini adalah jadual kutipan cukai tanah berserta peratusan kutipan berbanding jumlah perlu kutip mengikut Pejabat Tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.