Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

55) JUMLAH PELANCONGAN DARI 2007 HINGGA 2017

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah KNS dalam menangani kebanjiran pekerja asing di Selangor terutama dalam kontek peluang pekerjaan buruh dan peluang perniagaan kecil?

    Selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bil. 3 Tahun 2008, Pengeluaran Permit Perniagaan Kecil Oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu “permit hendaklah dikeluarkan kepada warga negara Malaysia sahaja dan pemilik permit hendaklah berada di tempat perniagaan sepanjang masa. Tindakan membatalkan permit tersebut akan diambil ke atas warga negara Malaysia yang memindah milik permit perniagaan mereka kepada warga asing atau tidak menjalankan sendiri perniagaan tersebut”, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak membenarkan pengeluaran lesen perniagaan kepada bukan warganegara Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.