Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

170) JUMLAH PENDUDUK SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon menyatakan jumlah penduduk Negeri Selangor mengikut PBT, kawasan DUN dan Parlimen.

    Jumlah penduduk Negeri Selangor berdasarkan kependudukan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada tahun 2015 adalah seramai 6,041,598 orang. Majlis Perbandaran Kajang mencatatkan jumlah penduduk paling ramai berjumlah 908,876 orang diikuti oleh Majlis Perbandaran Klang dengan 850,083 orang. Majlis Perbandaran Subang Jaya mempunyai seramai 809,221 penduduk manakala Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang masing-masing mencatatkan jumlah penduduk seramai 701,462 dan 619,697 orang. Majlis Bandaraya Shah Alam pula mempunyai penduduk seramai 618,436, manakala lain-lain PBT mencatatkan jumlah penduduk kurang dari 300,000 orang. Perincian jumlah penduduk mengikut PBT adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.