Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

127) JUMLAH SETINGGAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah setinggan bagi setiap pihak berkuasa tempatan yang telah dipindahkan sepanjang 2 tahun yang lepas

    Tiada pemindahan setinggan sepanjang tempoh 2 tahun ini kerana kebanyakan
    penempatan setinggan sedia ada mempunyai pelbagai masalah yang perlu
    diselesaikan secara teliti kerana ianya melibatkan isu-isu berkaitan pemilikan tanah,
    kes mahkamah, tuntutan yang dibuat oleh setinggan dan sebagainya.
    Pemindahan setinggan atau perobohan secara paksa tidak akan dilakukan bagi
    mengelakkan sebarang implikasi buruk sama ada kepada setinggan mahupun
    kepada Kerajaan Negeri. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga telah mengenal pasti
    beberapa kawasan yang boleh diselesaikan dalam tempoh 6 bulan bermula Januari
    lalu. Walau bagaimanapun, pemindahan setinggan tersebut tidak dapat dilaksanakan
    segera kerana tiada unit rumah kos rendah berdekatan yang boleh ditawarkan
    kepada setinggan-setinggan berkenaan. Sebagai contoh adalah penempatan
    setinggan Pandan Jaya, Ampang yang didiami oleh 188 keluarga setinggan sukar
    dipindahkan kerana tiada projek RKR yang boleh ditawarkan kepada mereka
    walaupun bersetuju keluar daripada tapak. Namun demikian ada di antara mereka
    bersetuju membeli rumah yang dicadangkan oleh Lembaga Perumahan Dan
    Hartanah Selangor (LPHS) di projek RKR Taman Harmoni, Balakong yang jauh
    daripada penempatan sedia ada. Masalah padanan RKR ini bukan sahaja berlaku di
    MPAJ malahan berlaku di PBT lain seperti di Majlis Perbandaran Sepang (MPSp),
    Majlis Daerah Kuala Langat (MDKlgt), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Selain
    itu, terdapat kes tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh setinggan kepada pemilik tanah
    yang masih belum mencapai kata putus seperti yang berlaku di penempatan
    setinggan Jalan Papan, Pandamaran.

     

    Jadual di bawah menunjukkan pecahan atau taburan setinggan mengikut PBT di
    Negeri Selangor.
    Statistik Pecahan Bilangan Setinggan Yang Belum Diselesaikan Mengikut
    Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Selangor
    Sehingga 30 Jun 2010
    Bil. Nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bilangan
    Setinggan
    1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) –
    2 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 112
    3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 348
    4 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 337
    5 Majlis Perbandaran Klang (MPK) 1,318
    6 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 256
    7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 1,075
    8 Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 103
    9 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 12
    10 Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 8
    11 Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 331
    12 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKLgt) 173
    JUMLAH 4,073

Lampiran

Tiada Lampiran.