Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

97) JUMLAH STAF MBI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah staf yang berkhidmat untuk MBI dan apakah jumlah gaji dan elaun yang diberikan kepada mereka setiap bulan?

    Untuk makluman berdasarkan kepada pembayaran gaji November 2018 terdapat seramai seratus dua puluh lapan (128) staff MBI yang dilantik secara tetap dan kontrak sepenuh masa ini. Walau bagaimanapun maklumat berkaitan gaji dan elaun warga kerja adalah sulit dan persendirian. Pihak syarikat adalah tertakluk kepada peraturan syarikat dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang menjamin kerahsiaan maklumat peribadi warga kerja. Walau bagaimanapun, jika YB Dato’ masih memerlukan maklumat tersebut, YB Dato’ boleh membuat permohonan secara rasmi dan bertulis kepada YAB Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanaan).

Lampiran

Tiada Lampiran.