Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

157) JUMLAH SUMBANGAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan sumbangan anak syarikat Kerajaan Negeri kepada pendapatan Negeri Selangor?

    Bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Anak Syarikat untuk menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, satu tabung amanah telah diwujudkan bagi tujuan tersebut.

    Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri dirancang untuk menyumbang sebanyak RM58.65 juta sebagai sumbangan pendapatan Kerajaan Negeri.

    Setakat Oktober 2019, sejumlah RM36.55 juta telah disumbangkan. Senarai sumbangan kepada Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

     

    BIL AGENSI JUMLAH SUMBANGAN (RM)
    1 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI) 15,000,000.00
    2 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 6,600,000.00
    3 Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) 4,500,000.00
    4 Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 5,000,000.00
    5 Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) 500,000.00
    6 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 2,800,000.00
    7 Worldwide Holdings Berhad (WWHB) 1,500,000.00
    8 KDEB Waste Management (KDEBW) 150,000.00
    9 Central Spectrum Sdn Bhd 500,000.00
    JUMLAH (RM) 36,550,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.