Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

294) JUPEM DAN PEMBERIAN FINAL TITLE DI BAWAH SEKSYEN 396 DAN 83 KANUN TANAH NEGARA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan yang dimainkan oleh JUPEM dalam memberi kelulusan kepada pemberian Final Title di bawah seksyen 396 dan 83 Kanun Tanah Negara serta berapa banyak pemprosesan yang masih tertunggak disebabkan oleh kerja-kerja yang masih belum disiapkan di peringkat JUPEM?

    Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor sentiasa komited memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat ukur kadaster secara lengkap dan kekal untuk tujuan pengeluaran hakmilik tanah.

    Menurut Seksyen 396 KTN, sebidang tanah dianggap telah diukur apabila :-

    • Sempadan-sempadannya telah ditentukan dengan nilai bering dan jarak;
    • Tanda-tanda sempadan seperti batu konkrit baru atau pepaku besi atau paip besi telah ditanam;
    • Keluasan tanah tersebut telah dikira/ tentukan;
    • Satu nombor lot telah diperuntukkan ke atas tanah tersebut; dan
    • Pelan Akui telah diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan[PUPN].

    Setelah Pelan Akui diluluskan oleh PUPN, Pelan Hakmilik Tanah [B1] akan dijana secara berdigit dan diperakui oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan dan seterusnya dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian atau Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan bagi tujuan pengeluaran Dokumen Hakmilik Tanah.[Final Title]

    Pelaksanaan Seksyen 396 KTN ini hendaklah dilaksanakan dengan merujuk Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Bilangan 6 Tahun 2009 ‘Garis Panduan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam Persekitaran eKadaster’ dan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bilangan 5 Tahun 2009 ‘Peraturan Ukur Kadaster 2009’.

    Menurut seksyen 83 KTN, sekiranya tanah yang diukur mempunyai perbezaan dari segi keluasan dan/ atau bentuk berbanding kelulusan, maka perbezaan tersebut hendaklah dirujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri dan ukuran tersebut akan dipinda mengikut persetujuan Pihak Berkuasa Negeri. Selepas Pelan Akui diluluskan oleh PUPN, Pelan Hakmilik Tanah [B1] akan dijana secara berdigit dan diperakui oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan untuk dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian atau Pejabat Tanah dan Daerah bagi tujuan pengeluaran Hakmilik Tanah. [Final Title].

     

Lampiran

Tiada Lampiran.