Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

128) KABEL KUASA TINGGI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi kerajaan negeri bagi memastikan bahawa pembinaan kabel kuasa tinggi adalah tidak melalui kawasan perumahan, sekolah dan tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi bagi memastikan keselamatan penduduk adalah terjamin?

    Talian rentis untuk pengaliran kuasa elektrik oleh TNB adalah di atas tanah rizab
    untuk talian rentis tersebut. Yang mana, ia merupakan hak TNB mengikut Akta
    Bekalan Elektrik 1990. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap sebarang
    cadangan pembinaan supaya penduduk tidak menerima impak ataupun impak yang
    paling minimum.

Lampiran

Tiada Lampiran.