Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

27) KAD KISS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pemohonan Kad Kiss yang layak menerima Kad Kiss tetapi ditolak atas sebab had kuota mengikuti DUN?

    Jawapan bagi Sub Soalan A dan B:

    Hasil dari proses pemurnian yang telah dilaksanakan pada 15 Jun 2019 hingga 15 Julai 2019 yang lalu, didapati seramai 1,312 orang penerima sedia ada tidak dapat dipertimbangkan untuk menerima manfaat Program KISS memandangkan mereka adalah dari kawasan DUN yang telah melebihi kuota yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan berkenaan dengan mengaktifkan semula penggunaan kad KISS serta menjadikan mereka sebagai penerima Program KISS untuk tahun 2020. Inisiatif dilaksanakan terus agar mereka menerima manfaat dengan menggunakan tambahan kuota sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2020 pada 1 November 2019 yang lalu.

    Jadual di bawah menunjukkan jumlah kuota dan penerima yang layak untuk terus menerima manfaat Program KISS serta jumlah penerima yang layak tetapi melebihi kuota yang telah ditetapkan seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.