Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

130) KAD KISS

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasionalnya Kerajaan Negeri membuat permohonan KISS Secara online?

    Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak Selcare Management Sdn Bhd kini sedang dalam proses meningkatkan tahap capaian untuk memudahkan permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) secara dalam talian (online). Ianya akan memudahkan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses permohonan seperti pihak pemohon, Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Selcare Management Sdn Bhd selaku pengendali program ini.

    Antara rasional dan kelebihan pelaksanaan permohonan Program KISS secara dalam talian kepada semua pihak terlibat adalah seperti berikut :-

     

    1. Pemohon :
      • Mempercepatkan proses permohonan terus kepada pihak PKM;
      • Mengambil masa yang singkat untuk membuat pendaftaran; dan
      • Memudahkan permohonan dibuat tanpa hadir secara fizikal ke Pejabat PKM.

     

    1. Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM)
      • Mengurangkan isu pertindihan permohonan dan kehilangan borang;
      • Mempercepatkan tempoh masa memproses pendaftaran permohonan dan semakan untuk kelulusan;
      • Memudahkan penghantaran permohonan tanpa hadir secara fizikal ke Pejabat Selcare Management Sdn Bhd;
      • Mengurangkan dan meminimakan penyimpanan borang permohonan yang telah didaftarkan; dan
      • Memudahkan akses informasi pemohon jika diperlukan dan membuat carian status permohonan.

     

    1. Pengendali Program KISS
      • Mempercepatkan proses pendaftaran ke dalam sistem data permohonan;
      • Memudahkan urusan mencetak nama penerima di kad KISS; dan
      • Mengurangkan dan meminimakan penyimpanan borang permohonan yang telah didaftarkan

Lampiran

Tiada Lampiran.