Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

9) KAD PEDULI SIHAT (KATEGORI KHAS)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri masih mengekalkan kategori khas Kad Peduli Sihat?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kategori khas bagi pemegang Kad Peduli Sihat akan tetap diteruskan sehingga penghujung tahun 2019. Bermula Januari 2020, pemegang Kad Peduli Sihat di bawah kategori khas perlu mengemukakan permohonan melalui DUN mengundi masing-masing untuk melayakkan mereka menikmati faedah Skim Peduli Sihat.

Lampiran

Tiada Lampiran.