KADAR CAPAIAN INTERNET (WIFI DAN UNIFI)

40) KADAR CAPAIAN INTERNET (WIFI DAN UNIFI)

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar capaian internet untuk keseluruhan Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2013 dan sasaran untuk meningkatkan kadar pencapaian ini?

    Berdasarkan data daripada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia), kadar capaian internet untuk keseluruhan Negeri Selangor meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan usaha-usaha kerajaan negeri bagi meningkatkan capaian internet ke seluruh negeri Selangor berhasil dengan memberikan perkhidmatan WiFi

     

    Berdasarkan makluman yang diberikan oleh pihak SKMM, sasaran penembusan jalur lebar di peringkat nasional adalah 75% penembusan pada tahun 2015. Manakala pencapaian di Negeri Selangor adalah CEMERLANG iaitu sebanyak 78.7% berbanding tahap pencapaian telah melebihi penembusan peringkat nasional 67.2. Pada masa kini pihak SKMM belum mempunyai data pecahan mengikut PBT di negeri Selangor.

     

    Jadual di bawah menunjukkan peningkatan kadar penembusan jalur lebar di Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga November 2013

     

    Tahun Kadar Penembusan (%)
    2008 33.2
    2009 49.1
    2010 67.3
    2011 74.8
    2012 77.6
    2013 (sehingga 2 Nov 2013) 78.7

    *Sumber daripada SKMM

Lampiran

Tiada Lampiran.