Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
53) KADAR CUKAI PETAK
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menetapkan kadar cukai petak yang baru diimplementasikan pada tahun ini?
Pelaksanaan cukai petak ditetapkan berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar No. Warta PU(B) 174 bertarikh 31 Mac 2017 dan pindaan Akta Hakmilik Strata dan Pengenalan Bahagian Baru iaitu Bahagian IVA Seksyen 23A hingga 23J yang memperuntukan :-
- Membolehkan pemilik petak membayar cukai bagi petak.
- Prosedur penentuan kiraan kadar cukai petak.
- Prosedur penentuan kutipan tunggakan cukai bagi tanah yang melibatkan pembangunan berstara.
- Prosedur tuntutan kutipan cukai tanah melalui cukai petak.
- Prosedur penamatan kutipan cukai petak sekiranya wujud penamatan hakmilik strata
Kadar cukai petak adalah berdasarkan Kaedah-kaedah Hakmilik Strata Selangor 2015 (pindaan 2017) mengikut syarat dan kategori kegunaan tanah/petak.