KADAR CUKAI PINTU
32) KADAR CUKAI PINTU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kadar cukai pintu yang dikenakan terhadap kawasan industri mengikut PBT di Negeri Selangor daripada tahun 2007-2009?
Cukai pintu yang dikenakan ke atas sesuatu pegangan adalah berdasarkan
nilaian tahunan iaitu kadar sewa setahun sesuatu premis dan didarab dengan
kadar peratusan yang ditentukan oleh PBT. Disebabkan asas nilaian bagi tiaptiap PBT adalah berbeza di mana terdapat PBT yang asas nilaian masih pada
tahun 1987 dan ada juga pada tahun 1997, jadi terdapat perbezaan kadar yang
ketara di antara PBT. Jadual di bawah menunjukkan kadar cukai pintu yang
dikenakan terhadap kawasan industri mengikut PBT di Negeri Selangor :
TAHUN
PBT
2007 2008 2009
MBSA 7.50% 7.50% 7.50%
MBPJ 8.80% 8.80% 8.80%
MPK 3.25% – 11.5% 3.25% – 11.5% 3.25% – 11.5%
MPAJ 6.5% 6.5% 6.5%
MPSJ 6% 6% 6%
MPS 12% 12% 12%
MPKj 4.4% – 11% 4.4% – 11% 4.4% – 11%
MPSp 9.45% 9.45% 9.45%
MDKS 10-12% 10-12% 10%-12%
MDHS 12% 12% 8%
MDKL 7.5% – 13% 7.5% – 13% 7.5% – 13%
MDSB 13% 13% 13%
