Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

5) KADAR FAEDAH PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kelebihan program Hijrah yang mengenakan bayaran faedah sebanyak 8% berbanding dengan pinjaman-pinjaman untuk sektor IKS/SME yang ditawarkan oleh bank-bank komersial yang mengenakan faedah sekitar 4~5% dengan kemudahan reducing rate?

    Pihak pengurusan Hijrah Selangor telah menetapkan caj perkhidmatan sebanyak 8% kerana dana pinjaman yang diberikan oleh kerajaan negeri tidak akan digunakan untuk perbelanjaan pengurusan. Sekiranya digunakan, ia akan menguncup (berkurangan) dari tahun ke tahun. Sebaliknya dana tersebut akan digunakan 100% untuk pinjaman kepada usahawan.

    Kelebihan program yang mengenakan caj 8% adalah seperti berikut:

    • Menampung kos pengurusan meliputi bayaran gaji dan elaun kakitangan seramai 233 untuk membuat kutipan dan pemantauan perniagaan, sewaan dan ubahsuai pejabat, peralatan pejabat, dan bil-bil utiliti.
    • Pegawai Hijrah akan ke premis peminjam untuk membuat kutipan bayaran balik, peminjam tidak perlu datang bayar di pejabat.
    • Kelulusan pinjaman akan diberikan sepenuhnya kepada peminjam tanpa membuat sebarang pemotongan. (contoh: lulus RM5000, peminjam akan dapat penuh sebanyak RM5000.)
    • Latihan dan kursus-kursus keusahawanan serta anak-anak usahawan diberi secara percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan.
    • Dan lain-lain program yang dilaksanakan diberi secara percuma dengan bantuan Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan dan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal

    Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi.

    Kebanyakan Pinjaman mikrokredit yang dikeluarkan oleh lain-lain agensi dan bank-bank komersial caj yang dikenakan melebihi 10% kecuali TEKUN yang mengenakan caj pengurusan sebanyak 4%. Walau bagaimanapun,  pihak TEKUN telah membuat pemotongan berikut daripada jumlah pinjaman usahawan.

    1. Caj Proses Pinjaman
    2. Insuran
    3. Kursus Keusahawanan
    4. Bayaran Awal 2 Bulan

Lampiran

Tiada Lampiran.