Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

72) KADAR JENAYAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kadar jenayah di Negeri Selangor semakin meningkat. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membendung peningkatan tersebut?

    Memandangkan kadar jenayah yang tinggi di negeri Selangor berbanding
    dengan negeri-negeri lain, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa
    langkah di dalam menanganigejala tersebut iaitu:-

    i) Pencegahan
    Melaksanakan program pencegahan seperti kempen berkaitan jenayah,
    menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah-sekolah. Pameran
    bergerak dan rondaan sosial secara sukarela.

    ii) Penguatkuasaan
    Melaksanakan program-program operasi Penguatkuasaan Bersepadu
    bersama dengan agensi yang berkaitan seperti PDRM, Jabatan
    Imigresen, RELA, PBT, Pejabat Daerah dan pihak Media. Mereka yang
    terlibat akan ditangkap dan didakwa di mahkamah.

    iii) Hukuman dan Mendakwa
    Mengenakan hukuman yang tegas agar dapat memberi kesedaran
    kepada masyarakatsupaya menjahui aktivitijenayah.