Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

9) KADAR JENAYAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan indeks jenayah (mengikut kategori) mengikut setiap daerah di Selangor bagi tahun 2007-2012.

    Pengumuman YAB Perdana Menteri pada tahun 2009 mengumumkan 6 perkara dalam Bidang Pencapaian Utama Negara atau NKRA yang mana salah satu darinya ialah meningkatkan keselamatan awam. Jenayah Jalanan (street crime) sebagai salah satu petunjuk prestasi utama kearah pengurangan Jenayah Jalanan sebanyak 20%. Melalui program tersebut, perangkaan Jenayah Indeks di Negeri Selangor menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2009, sebanyak 56,091 kes dilaporkan. Bagi tahun 2010 telah mencatatkan sebanyak 49,484 kes, pada tahun 2011 mencatatkan 44,303 kes dan pada tahun 2012 tempoh Januari hingga Oktober mencatatkan 33,824 kes.

     

     

     

    Dalam melaksanakan pembanterasan jenayah khususnya di Negeri Selangor bagi mengurangkan kadar jenayah tindakan tindakan yang telah diambil oleh pihak polis. Diantara inisiatif yang diambil ialah:-

     

    1. Ops Payung Penugasan secara Citizen-Focused Policing yang dapat memberikan kesan psikologi yang positif dalam usaha mengembalikan persepsi dan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan polis. Payung yang memberi perlindungan dari hujan dan matahari secara simboliknya melambangkan elemen pelindung (protector) kepada

     

    1. Rondaan Berkereta (MPV), Bermotosikal, Berjalan kaki (Bit) Penugasan yang dijalankan secara rondaan di sekitar kawasan yang ditetapkan dan kawasan hotspot bagi mempercepatkan pergerakan sekiranya berlaku jenayah di kawasan

     

    1. Community Policing Menjalin kerjasama antara PDRM dan masyarakat bagi mengenalpasti dan menangani dengan berkesan kes-kes jenayah dan gejala sosial. la adalah sebagai salah satu langkah awal untuk mendampingi masyarakat secara dekat bagi memberi keyakinan tentang kehadiran polis bersama mereka dalam usaha mencegah Kaedah ini akan memberi peluang kepada pegawai dan anggota polis untuk berinteraksi secara terus dengan ahli-ahli masyarakat tempatan.

     

    1. Sector Call-Card – Masyarakat dapat memberi sebarang laporan aktiviti mencurigakan yang berlaku di kawasan mereka kepada anggota sektor dengan cepat dan efisyen. Melalui sistem ini, setiap anggota sektor telah dipertanggungjawabkan kepada sektor masing — Masyarakat lebih mengenali anggota sektor dan menjadi mata dan telinga kepada polis.

     

    1. Selangor Facebook – Satu medium perhubungan yang dapat menyalurkan maklumat dengan mudah tanpa sempadan. Sejajar dengan arus kecanggihan teknologi, Facebook Polis Selangor diwujudkan untuk mendekatkan polis dengan masyarakat dalam menerima segala maklumat dan

     

    1. MyDistress — Penggunaan MyDistress hanya semasa kecemasan iaitu apabila berlakunya sesuatu jenayah, seseorang yang disyaki melakukan jenayah ada berdekatan ataupun seseorang cedera, diugut atau berada dalam bahaya. Penggunaan MyDistress adalah dalam situasi ketika memerlukan respon segera jika sesuatu jenayah/insiden berlaku disekeliling

     

    1. Rakan Cop — Penubuhan Rakan Cop adalah satu pendekatan tepat mengajak orang ramai membantu PDRM mencegah jenayah. Langkah tersebut berjaya mengurangkan Penubuhan Rakan Cop menyumbang kepada kejayaan memerangi jenayah melalui laporan dan maklumat oleh orang awam.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.