Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

95) KADAR JENAYAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan cabaran yang dihadapi kerajaan untuk membendung kadar jenayah di Selangor?

    Langkah-langkah dalam usaha membantu untuk mengawal kadar jenayah:

    • Meningkatkan kehadiran polis/omnipresent di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah. Anggota polis ditempatkan secara statik dan meningkatkan bit, patrol, MPV, rondaan motosikal dan sebagainya.
    • Mewujudkan Bali-balai Polis Functional/Komuniti di kawasan-kawasan yang kerap berlakunya jenayah.
    • Ops Sepadu
      • Bersama dengan agensi lain seperti Imigresen, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, JPJ, Rela dan lain agensi membuat pemeriksaan di tempat yang disyaki menjalan kegiatan menyalahi undang-undang serta membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang diubahsuai atau disyaki curi.
    • Ops Lejang
      • Buat pemeriksaan ke atas workshop tidak berdaftar dan disyaki menjalankan kegiatan melarikan kenderaan untuk dijual.
      • Buat pemeriksaan terhadap kenderaan yang disyaki curi atau diperoleh dengan jalan salah.
      • Buat rondaan dan intipan di kawasan yang sering berlaku kecurian.
    • Ops Dadu
      • Buat pemeriksaan di premis-premis yang disyaki ada menjalankan kegiatan judi.
      • Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan terhadap penganjurnya jika ada cukup bukti untuk menuduhnya.
    • Ops Noda
      • Buat pemeriksaan di premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran.
      • Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan terhadap menganjurnya jika tidak ada cukup bukti untuk menuduhnya.

     

    • Ops Cantas
      • Buat pemeriksaan di tempat-tempat ada kegiatan kongsi gelap dan buat tangkapan jika ada yang terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undangundang.
      • Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan jika terlibat dan kegiatan kongsi gelap dan tidak boleh dituduh.

     

    • Ops Wanted
      • Buat pemeriksaan dan tangkap mereka-mereka yang dikehendaki dan juga di mana waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka oleh mahkamah kerana tidak hadir bicara.

     

     

    • Ops Rentap
      • Buat rondaan dan pemeriksaan di kawasan-kawasan yang sering berlaku kes ragut dan samun,

     

    • Ops DBKL
      • Buat pemeriksaan terhadap suspek seluk saku dan curi ragut di Stesen Bas.
      • Buat decoy di dalam bas untuk kesan seluk saku, curi ragut dan samun.

     

    • Ops Rempit
      • Pemeriksaan diberi tumpuan kepada remaja dalam kumpulan 6 orang atau lebih yang menggunakan motosikal.
      • Untuk kesan mereka yang terlibat dalam kejadian curi ragut, curi motosikal dan lumba haram.
      • Pemeriksaan ke atas motosikal mereka jika ada menggunakan peralatan yang dicuri.

     

    • Ops Lusoh
      • Pemeriksaan terhadap premis-premis yang menjalankan kegiatan barang lusoh untuk pastikan ia berlesen dan tidak ada membeli barang curi.

     

    • Selain dari menjalankan operasi tersebut tindakan pencegahan juga diambil terhadap mereka yang tidak boleh dituduh di mahkamah kerana tidak cukup bukti di bawah undang-undang seperti Akta Pencegahan Jenayah, Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad dan lain-lain undang-undang pencegahan.
    • Tindakan pencegahan ini dijalankan sepanjang masa. Mesyuarat-mesyuarat pencegahan jenayah diadakan secara berkala bagi membincangkan keberkesanan tindakan pencegahan dan tergempar apabila kadar Indeks sesuatu tempat menunjukkan peningkatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.