Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

293) KADAR LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kadar lesen perniagaan dan industri di kawasan PBT Selangor dikatakan naik mendadak. Apakah jenis lesen yang terlibat dengan kenaikan ini?

    Lesen yang terlibat dengan kenaikan ini adalah semua aktiviti di bawah Undang –undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 1987 dan yang di kemaskini kepada tahun asas 2007.

    Asas kepada semakan semula kadar adalah seperti berikut:

    • Kadar yang berbeza di antara PBT.
    • Tiada perbezaan kadar bagi industri dan komersial.
    • Wujud perniagaan baru yang tidak di senaraikan dalam UUK 1987.

    Asas Penetapan Kadar baru

    • Penyelarasan kadar supaya tidak wujud perbezaan ketara di antara PBT
    • Penyesuaian dengan perubahan ke atas perkembangan

    terhadap sesuatu aktiviti perniagaan

    • Berlandaskan tahap sosio-ekonomi di sesuatu kawasan PBT berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.