Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

210) KADAR LIPUTAN INTERNET

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar liputan internet di Negeri Selangor mengikut pecahan PBT?

    Berdasarkan data daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), kadar capaian internet untuk keseluruhan Negeri Selangor meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan usaha-usaha kerajaan negeri bagi meningkatkan capaian internet ke seluruh negeri Selangor berhasil dengan memberikan perkhidmatan WiFi Selangorku.

    SKMM tidak mempunyai data pecahan mengikut PBT di negeri Selangor. Namun begitu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh pihak SKMM, Negeri Selangor telah melepasi sasaran penembusan jalur lebar di peringkat nasional iaitu 75% penembusan pada tahun 2015.

    Jadual di bawah menunjukkan peningkatan kadar penembusan jalur lebar di Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga 2015

    Tahun Kadar Penembusan (%)
    2008 33.2
    2009 49.1
    2010 67.3
    2011 74.8
    2012 77.6
    2013 78.1
    2014 76.2

    *Sumber daripada Communications & Multimedia Pocket Book Of Statistic Q4 2014(SKMM)

Lampiran

Tiada Lampiran.