Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

135) KADAR PENCERAIAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar penceraian dari tahun 2010-2015

    Soalan ini adalah sama dengan soalan yang ditanyakan oleh Hulu Kelang pada Mesyuarat Kedua iaitu sidang yang lepas. Berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), pendaftaran kes pembubaran perkahwinan di Negeri Selangor bagi tempoh 2010-2015 adalah sebanyak 59,103 kes, iaitu, 8,121 kes pada 2010, 8,537 kes pada 2011, 9,968 pada 2012, 9,502 pada 2013, 11,067 pada 2014 dan 11,908 pada 2015. Jumlah tersebut bersamaan dengan kadar 65% daripada jumlah keseluruhan pendaftaran kes mal di Negeri Selangor yang berjumlah sebanyak 91,685 kes. Sungguhpun begitu, semua pihak perlulah sedar bahawa perceraian itu adalah dibolehkan meskipun ianya adalah perkara yang dimurkai oleh Allah. Ini kerana tujuan perkahwinan dan pembubaran perkahwinan itu dibolehkan adalah untuk menjaga maruah dan keturunan, sebagaimana digariskan dalam maqasid syariah.

Lampiran

Tiada Lampiran.