Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

121) KADAR PENCERAIAN SUAMI ISTERI DI SELANGOR ADALAH YANG TERTINGGI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah plan strategi yang digariskan oleh JAIS bagi mengatasi atau mengurangkan kadar penceraian keluarga Muslim bagi 5 tahun yang akan datang?

    Plan Strategi yang digariskan oleh JAIS bagi mengatasi atau mengurangkan kadar penceraian keluarga muslim bagi 5 tahun yang akan datang adalah menganjurkan program-program kekeluargaan secara holistik bermula dari kelahiran, remaja sehingga membina keluarga, antaranya :

     

    1. Program Modul Keluarga Sakinah

     

    • Syurga Rumahtangga “ Suamiku Inspirasiku Isteriku Bidadariku”
    • Amanah dalam Rumahtangga
    • Akidah Sejahtera Keluarga Terpelihara
    • Zina : Maksiat Paling Keji Dilaknat Allah
    • Maqasid Syariah Membawa Kebaikan Kepada Keluarga

     

    1. Program Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti JAKIM

     

    • Perkhidmatan Ibu hamil
    • Perkhidmatan Kemahiran Keibubapaan
    • Perkhidmatan Pendidikan Kanak-Kanak
    • Perkhidmatan Keluarga Bermasalah
    • Pengukuhan Akidah
    • Pembangunan Remaja
    • Perkhidmatan Saudara Baru
    • Perkhidmatan Kejiranan
    • Khidmat Nasihat Awam

     

    • Program Pasca Perkahwinan

     

    • Bulan Madu
    • Sehati Sejiwa
    • Semarak Kasih
    • Syurga Cinta

Lampiran

Tiada Lampiran.