Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

137) Kadar Pengangguran Di Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah individu yang hilang pekerjaan di negeri Selangor akibat pandemik covid-19 sehingga kini?

    Berdasarkan rekod Laporan Pemberhentian Pekerja (Borang PK) yang diterima di Jabatan Tenaga Kerja Selangor, seramai 9,423 orang pekerja dilaporkan terlibat dengan pemberhentian pekerja dari 1 Januari 2020 sehingga 30 September 2020. Ianya melibatkan 8,165 orang pekerja tempatan dan 1,258 orang pekerja asing

Lampiran

Tiada Lampiran.