Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

132) KADAR PENGANGGURAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah penganggur di Selangor mengikut pecahan umur,kaum dan jantina bagi tahun 2008-2017 dan apakah faktor pengangguran?

    Statistik kadar pengangguran golongan belia diperolehi daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan merujuk kepada penduduk yang berumur 15 hingga 64 tahun semasa minggu rujukan.

    Berdasarkan maklumat tersebut, bilangan penganggur dan kadar pengangguran Malaysia dan Selangor bagi tempoh 2008 hingga 2016, sukupertama 2016 dan suku pertama 2017 seperti Jadual 1. Bilangan penganggur di Selangor mengikut pecahan jantina, kumpulan umur dan kumpulan etnik utama seperti di Jadual 2 manakala kadar pengangguran mengikut pecahan jantina, kumpulan umur dan kumpulan etnik utama seperti di Jadual 3.

    Berdasarkan maklum balas daripada jabatan dan agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN), Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC) dan Jobstreet.com, antara faktor mengapa pengangguran masih wujud di Selangor adalah disebabkan oleh perkara berikut :

    • permintaan gaji yang tinggi (unrealistic);
    • penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah;
    • terlalu memilih pekerjaan dan syarikat;
    • kurang kemahiran berkomunikasi;
    • karakter, sikap dan personaliti graduan yang lemah; dan
    • keadaan ekonomi negara yang lembap.

    Di samping itu, masalah pengangguran juga bukan hanya disebabkan tiada peluang pekerjaan tetapi terdapat juga segelintir golongan anak-anak muda yang kurang berminat untuk mengisi jawatan di sektor yang sedia ada, terutamanya sektor pekerjaan 3D (Dirty, Difficult, Dangerous) sehingga terdapat kebergantungan yang besar kepada buruh asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.