Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

114) KADAR PERTUMBUHAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sampah pukal (ton) dikutip oleh KDEB pada tahun 2019 (sehingga bulan Jun) mengikut setiap pihak berkuasa tempatan?

    Secara dasarnya pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang berkualiti adalah memerlukan perbelanjaan yang besar dan sukar dikurangkan lebih-lebih lagi PBT Negeri Selangor telah menerima pertumbuhan bandar yang pesat, pertumbuhan kawasan perumahan yang tinggi, penambahan bilangan penduduk, penggunaan teknologi baru dalam pengurusan sampah dan peningkatan kos operasi sejajar dengan pertumbuhan ekonomi.

    Walau bagaimanapun, usaha untuk mengurangkan kos pelupusan sampah boleh dicapai melalui pengurangan jumlah sampah yang dihasilkan dan dihantar ke tapak pelupusan sampah di mana secara tidak langsung ia boleh mengawal kos pelupusan sampah oleh PBT. Sehubungan dengan itu, kaedah terbaik dalam mengurangkan sampah adalah melalui program pengasingan sisa pepejal di peringkat punca dan menggiatkan program kesedaran kitar semula supaya program ini dapat dilaksanakan. Oleh itu, Kerajaan Negeri amat menggalakkan PBT supaya memperhebatkan lagi aktiviti-aktiviti yang berasakan kitar semula antaranya seperti:-

     

    1)      Melaksanakan kempen kesedaran berkenaan pengasingan sisa dan memperkenalkan sistem pengasingan sisa isi rumah di peringkat komuniti penduduk;

    2)   Menjalankan aktiviti kitar semula dengan mengadakan program 3R (Reduce, Reuse and Recycle) di peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat dalaman PBT;

    3)   Program kitar semula pakaian terpakai;

    4)   Program kitar semula e-Waste;

    5)   Menyediakan kemudahan pusat kitar semula dan tong pengumpulan bahan kitar semula berpusat;

    6)   Memperkenalkan sistem kutipan bahan kitar semula secara terus dari rumah penduduk; dan

    7)   Program pengkomposan sisa yang dihasilkan dari sisa medan selera / premis makanan.

    Selain itu, bagi pelan jangka panjang dalam pelupusan sampah di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) akan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC). Justeru, sebuah Loji Waste to Energy (WTE) akan dibangunkan oleh WHB. Dengan adanya Teknologi ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.