Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

185) KADAR TARIF AIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri menentang kenaikan kadar tarif air yang dikatakan tinggi dan membebankan rakyat. Adakah kerajaan negeri sedar bahawa kos tersebut berpatutan untuk mengelakkan kualiti bekalan air dan sedia termaktub dalam perjanjian?

    1. Kerajaan Negeri Selangor memahami bahawa  semenjak  SYABAS  mengambil alih operasi Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) pada  01 Januari  2005,  banyak perubahan yang  telah dilakukan oleh  SYABAS dalam  memberikan khidmat pembekalan yang lebih efisien kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

     

    Namun demikian, di dalam melaksanakan perkhidmatan tersebut, matlamat SYABAS sebagai sebuah entiti perniagaan  adalah  untuk  mendapatkan keuntungan yang semaksima mungkin. Matlamat SYABAS ini  bertentangan  dengan dasar yang diterapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang  mengutamakan kadar tarif munasabah di samping menyediakan perkhidmatan pembekalan air yang efisien adalah menjadi matlamat utama. Dalam mencapai hasrat untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor, kepentingan rakyat bagi mendapatkan tarif munasabah adalah merupakan keutamaan bagi  Kerajaan  Negeri Selangor.

     

     

    Kerajaan Negeri Selangor maklum bahawa di dalam perjanjian SYABAS telah diperuntukkan jadual kenaikan tarif setiap tiga tahun. Di dalam membenarkan kenaikan tarif yang dituntut oleh SYABAS, SYABAS perlu mematuhi beberapa kehendak di dalam perjanjian konsesi. Di dalam  Laporan  Audit  yang  diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor, terdapat beberapa perkara  yang  tidak  dicapai oleh SYABAS seperti penurunan Kadar Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water).

     

    Pada masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor juga   mendapat  maklum  bahawa Perbelanjaan Modal (Capital Expenditure) dan Perbelanjaan Operasi (Operational Expenditure) yang dibelanjakan oleh SYABAS adalah terlalu tinggi menyebabkan kos operasi SYABAS melampau. Kos  operasi  SYABAS  yang   tinggi akan diserapkan dalam bentuk tarif yang tidak munasabah yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna. Keadaan ini adalah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.