Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

126) KAEDAH PEMILIHAN KHIDMAT KATERING SUK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah maksud Òpemilihan mengikut giliran senarai syarikat katering yang berdaftarÓ?

    Pemilihan mengikut giliran senarai syarikat katering yang didaftarkan bermaksud:

     

    Mempelawa syarikat katering untuk memberi perkhidmatan menyediakan makanan bagi mesyuarat, bengkel dan kursus yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan secara bergilir dikalangan syarikat yang telah memberikan maklumat atau latarbelakang syarikat kepada Pentadbiran. Harga yang ditawarkan adalah tertakluk kepada peraturan yang telah dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor (Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil.7 Tahun 2011.

     

    Bagaimanapun penggiliran ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana terdapat syarikat katering yang menolak perlawaan berikutan kenaikan kos berbanding kadar harga yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.