Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

97) Kaji Selidik Ke Atas KDEBWM

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hasil penemuan kaji selidik yang dilakukan Syarikat Merdeka Strategic Development Centre Sdn. Bhd. ke atas prestasi Syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM)?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan kaji selidik yang dikenali sebagai Kajian Penilaian (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (Fokus Khas Pengurusan Sisa Pepejal) oleh Syarikat Merdeka Strategic Development Centre Sdn. Bhd bermula pada 14 Februari 2020 sehingga 30 Jun 2020 dengan penglibatan responden seramai 9,618 orang bagi 12 PBT Negeri Selangor. Objektif kajian ini antaranya adalah bertujuan untuk:-

    • membantu dalam penambahbaikan prestasi PBT secara berterusan selari dengan wawasan dan perancangan Kerajaan Negeri;

    • Memantau prestasi konsesi pengurusan sisa pepejal di Selangor khasnya KDEBWM yang mengambil alih keseluruhan pengurusan sisa pepejal di PBT Negeri Selangor;

    • Pandangan terhadap konsep Waste to Energy (WTE); dan

    • Pandangan terhadap pilihanraya tempatan;

Lampiran

Tiada Lampiran.