Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

210) KAJIAN BERINOVASI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan hasil-hasil penyelidikan berinovasi tinggi yang dihasilkan oleh UNISEL dan KUIS?

    Jawapan dari UNISEL

     

    1. dan b)

     

    Pengenalan

    Merujuk kepada istilah yng digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan MOSTI, terdapat 3 tahap utama dan sejak kebelakangan ini diwujudkan tahap tambahan seperti di Jadual 1.

    Universiti Penyelidikan

    Terdapat 5 buah universiti awam yang tergolong didalam kategori ini. Ianya terdiri daripada;

    1. Universiti Malaya
    2. Universiti Putra Malaysia
    3. Universiti Kebangsaan Malaysia
    4. Universiti Teknologi Malaysia
    5. Universiti Sains Malaysia

     

    Untuk mencapai kategori, sesebuah universiti perlulah memenuhi beberapa kriteria. Dewasa ini, Universiti Teknologi Petronas dalam permohonan untuk dinobatkan sebagai universiti penyelidikan.

    Universiti    Penyelidikan    hendaklah    mencapai    tahap    berinovasi    tinggi dengan lebih memfokuskan kepada tahap Komersialan dan Perusahaan.

     

     

    Universiti Pengajaran dan Pembelajaran

    Semua universiti awam yang selain daripada di atas dan universiti swasta adalah dalam kategori sebagai universiti pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, universiti-universiti ini perlulah juga menjalankan penyelidikan dalam kadar munasabah dengan memfokuskan kepada tahap penyelidikan asas dan exploratori.

    Penglibatan dalam penyelidikan ini diambilkira dalam ‘Setara Rating’ yang mana Unisel berkedudukan Setara 4 daripada 6. Kedudukan Unisel adalah sama dengan hampir semua universiti swasta dan awam. Unisel telah mengemukakan dokumen tambahan pada tahun 2014 ini bagi melonjakkan kepada Setara 5.

     

     

    Jadual 1: Tahap, Proses dan Sasaran Hasil Penyelidiakan

     

     

     

    Tahap Proses Sasaran Hasil Penekanan/ misi Univ
    R:Research (Penyelidikan) Penyelidikan asas dan explorasi teori a)                  peningkatan sumber manusia dalam penyelidikan

    b)   Penyebaran ilmu melalui jurnal dan prosiding, manual dll

    Pengajaran dan Pembelajaran
    D:Development (Pembangunan) Inkubator-percubaan di dalam makmal (tidakdalam suasana sebenar) *Membuktikan teori atau dasar sesuatu perkara itu boleh atau tidak berlaku

    *Berkerjasama dengan pihak industri

    Pengajaran dan Pembelajaran

     

    Boleh juga dikendalikanole h univ. penyelidikan

    C:Comercialization (Komersialan) Scale-up untuk ketahap komersial. Penyelidikan dijalankan dalam keadaan sebenar Hasil penyelidikan berpotensi untuk dikomersialkan Univ. Penyelidikan
    E:Enterprising (Perusahaan) Perusahaan-boleh

    diguna oleh pengguna/ Masyarakat

    Hasil penyelidikan

    boleh dipasarkan kepasaran awam

    Univ. Penyelidikan

    Rajah 1 menunjukkan taburan geran penyelidikan yang diperolehi oleh Unisel dan projek penyelidikan tersebut masih dalam pengendalian

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.