KAJIAN DAN PENYELIDIKAN BERKAITAN PBT

36) KAJIAN DAN PENYELIDIKAN BERKAITAN PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan kajian-kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan dalam tempoh 2008-2010 oleh Jawatankuasa Tetap Kajian dan Penyelidikan. Nyatakan peruntukkan yang dibelanjakan.

    Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor, Jawatankuasa Tetap Kajian dan Penyelidikan telah membuat 12 kajian.

    Antara kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Tetap Kajian dan

    Penyelidikan adalah seperti berikut:-

    1. Kajian Projek Pilihan Raya Kerajaan Tempatan oleh SUARAM Komunikasi yang menggunakan peruntukan sebanyak RM10,000.00.
    1. Kajian Mengenai Hak Menteri Besar Selangor untuk Mendeklasifikasikan Dokumen oleh Firma Chooi & Co. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM5,000.00.
    2. Kajian Impak Sekitaran Perlombongan Emas di Raub oleh Fakulti Sains dan Teknologi, UKM yang menggunakan peruntukan sebanyak RM30,000.00.
    3. Kajian Program Pravasi Bhratiya Bhawan, New Delhi yang menggunakan peruntukan sebanyak RM16,487.00.
    4. Kajian Impak Sosial Ke Atas Projek Pembinaan LRT Jajaran Kelana Jaya, Putra Height, Seksyen 27, 28 Shah Alam oleh MDS Traffic Planners & Consultants yang menggunakan peruntukan sebanyak RM10,000.00.
    5. Kajian Organisasi dan Projek Rintis Pembangunan Strategik Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor oleh Top Foresight Sdn. Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM426,500.00.
    1. Kajian Tinjauan Berkala Sosiopolitik Di Kalangan Rakyat Selangor oleh Merdeka Center For Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM71,000.00.
    2. Kajian Cadangan Program Pungutan Suara dan Pendapat oleh Merdeka Center For Opinion Research Terhadap Pelaksanaan Projek Sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya (KLJ) yang menggunakan peruntukan sebanyak RM91,379.35.
    1. Kajian Pesawah Padi di Negeri Selangor oleh Merdeka Center For Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM91,077.50.
    2. Kajian Keperluan Pembinaan Council Homes di Negeri Selangor oleh IIUM Entrepreneurship and Consultancies Sdn. Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM50,000.00.
    3. Pelantikan Merdeka Center For Opinion Research bagi menyediakan Selangor Blueprint 2011-2013 dengan peruntukan sebanyak RM129,800.00.
    4. Penyelidikan bagi Penggubalan Rang Undang-undang Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2010 dengan peruntukan sebanyak RM15,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.