Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

202) KAJIAN KEGAGALAN SELESAI ISU SAMPAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan telah mengkaji secara objektif faktor kegagalan menyelesaikan isu sampah?

    Sebagai sebuah kerajaan yang cakna, pihak Kerajaan Negeri tidak akan sekali-kali mengabaikan mahu pun melengahkan pencarian penyelesaian kepada kemelut isu sampah yang sehingga ke hari ini masih belum

    Mengambil kira setiap aduan rakyat, Kerajaan Negeri telah bertindak dengan bekerjasama dengan perunding yang berpengalaman untuk menjalankan beberapa siri kajian penilaian (Tracking Study) penambahbaikan prestasi PBT bagi menilai semula keberkesanan perkhidmatan pengurusan kutipan sampah.

    Hasil daripada kajian tersebut dan berdasarkan kepada pemerhatian, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti beberapa masalah yang sedang dihadapi oleh PBT iaitu:

    • Tiada sasaran dan dasar pengurusan sisa pepejal;
    • Proses penilaian kontraktor sedia ada tidak memuaskan;
    • Tiada penyeragaman skop tender dan kerja;
    • Lori sisa    pepejal    yang    tidak    bersesuaian   digunakan   dan           tidak diselenggara dengan baik;
    • Pekerja tidak mengenakan pakaian seragam dan mengabaikan aspek keselamatan serta kebajikan;
    • Data pengurusan sisa pepejal yang amat lemah;
    • Pengurusan pusat    aduan    permasalahan    (hotline)     yang                          kurang memuaskan dan tidak menyeluruh;
    • Tempoh kontrak yang singkat;
    • Pengurusan kontrak kutipan dan pembersihan awam yang dilaksanakan secara berasingan; dan
    • Kadar harga kontrak yang tidak berubah berbanding dengan bilangan penduduk dan pembangunan yang pesat (no economies of scale)

     

    Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membantu Kerajaan Negeri dalam mengenalpasti kelemahan-kelemahan mekanisme pengurusan sisa pepejal sedia ada dan ini menjadi input kepada penentuan hala tuju dan dasar yang diperlukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.