KAJIAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TANAH DAN POTENSI PEMBANGUNAN PENANAMAN UNTUK EKSPORT
52) KAJIAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TANAH DAN POTENSI PEMBANGUNAN PENANAMAN UNTUK EKSPORT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk membuat kajian kesesuaian penggunaan tanah dengan jenis tanaman bentuk estate atau berkelompok untuk pengeluaran pelbagai produk pasaran ekspot, contoh seperti penanaman teh & strawberry di Cameron Highland dengan lebih meluas lagi?
Jabatan Pertanian ada membuat kajian kesesuaian tanaman mengikut tanah dengan jenis tanaman. Sebagai contoh kawasan pengeluaran pertanian kontan (ubi kayu dan keledek) difokuskan di Sepang (Ulu Chucuh dan Sg Blankan) dan sayuran daun di Ulu Yam, Hulu Selangor. Jabatan Pertanian kini menggunakan pendekatan pembangunan pertanian mengikut kluster yang fokus kepada tanaman tertentu.
