Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

97) KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah projek-projek utama pengangkutan awam yang akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran nisbah 60:40 penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian? Tahun bila target Kerajaan Negeri bagi mencapai matlamat tersebut?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) sebagai dokumen rujukan bagi memberikan lakaran alternatif baru jajaran dan jalinan pengangkutan awam supaya pelaksanaan projek-projek pengangkutan di Negeri Selangor dapat dirangka menepati keadaan semasa dan kehendak rakyat Negeri Selangor.

    Pelan tersebut telah mengenalpasti sistem pengangkutan awam menggunakan landasan yang terdiri daripada 12 cadangan koridor laluan pengangkutan awam yang mempunyai laluan paling optimum untuk Negeri Selangor. Namun begitu, perancangan untuk melaksanakan projek-projek utama pengangkutan awam ini berdasarkan koridor laluan yang telah dikenalpasti, memerlukan penyelarasan dan penglibatan daripada pelbagai pihak khususnya di peringkat Kerajaan Persekutuan bagi merancang pembangunan yang dapat diintegrasikan ke dalam pelan-pelan agensi sedia ada dan seterusnya dapat merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri untuk mencapai modal split pengangkutan awam menjelang tahun 2035 dengan nisbah pengangkutan awam sebanyak 60 peratus berbanding 40 peratus penggunaan kenderaan persendirian di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.