Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

75) KAJIAN PEREMAJAAN BANDAR (URBAN REGENERATION)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status Kajian berkaitan perlaksanaan Peremajaan Bandar (Urban Regeneration)?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Selangor telah menyediakan beberapa kajian berkaitan urban regeneration seperti berikut:-

     

    • Kajian Pengenalpastian   Kawasan-Kawasan   Brownfield   di Negeri Selangor;
    • Kajian Pelan Induk Pelabuhan Klang ; Bandar Pelabuhan Mampan dan Pintar;
    • Kajian Pengenalpastian Kampung Baru di Kawasan Bagan di Negeri Selangor; dan
    • Kajian Dasar Perancangan Pembangunan Berorientasikan Transit Negeri

     

    Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui JPBD Negeri Selangor akan menyediakan Kajian Inventori Badan Air dan Potensi Pembangunan Badan Air (Bekas Lombong, Paya dan Tasik) di Negeri Selangor.

    Terkini, pihak Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengadakan satu mesyuarat urban regeneration yang antara lain bertujuan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Semula Bandar yang bertujuan untuk memantau pelaksanaan pembangunan semula kawasan- kawasan yang telah dikenalpasti. Di samping itu, LPHS telah mengenalpasti tapak untuk pelaksanaan pembangunan semula oleh pihak PKNS.

    Rancangan tempatan – rancangan tempatan yang telah disediakan juga telah menyediakan cadangan pelaksanaan ‘urban regeneration’ sebagai contoh Rancangan Tempatan Petaling Jaya yang mengenal pasti Kg. Dato’ Harun.

Lampiran

Tiada Lampiran.