Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

46) KAJIAN SEMULA KADAR PREMIUM TANAH KOMERSIAL

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneliti semula kadar premium tanah komersial seperti di Cyberjaya yang terlalu tinggi sehingga menyamai kadar premium tanah industri ?

    Kadar premium tanah bagi Negeri Selangor dikira selaras dengan Kaedah Tanah Selangor Tahun 2003 (pindaan 2005). Kadar kiraan tersebut adalah tetap dan tidak berubah sehingga kini. Kadar pengiraan premium ini digunapakai di semua daerah di Selangor pada kadar yang sama. Walau bagaimanapun, jumlah premium tanah yang perlu dibayar adalah bergantung kepada nilaian harga tanah semasa yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

    Sebagai contoh, kadar premium tanah bagi mengubah syarat tanah kepada perniagaan (komersial) di bawah Seksyen 124(1)(a) dan (c), 124A dan 204B KTN kadar premium tambahan yang dikenakan seperti berikut :

    Tukar Syarat Tanah Daripada Kepada Perniagaan (Komersial)
    Pertanian 30%      daripada     nilai     tanah     yang

    diluluskan x luas

    Kediaman 15%      daripada     nilai     tanah     yang

    diluluskan x luas

    Tukar Syarat Tanah Daripada Kepada Industri
    Pertanian Ringan : 20% daripada nilai tanah yang diluluskan x luas
    Sederhana : 25% daripada nilai tanah yang diluluskan x luas
    Berat : 30% daripada nilai tanah yang diluluskan x luas
    Kediaman Ringan : 5% daripada nilai tanah yang diluluskan x luas
    Sederhana : 10% daripada nilai tanah yang diluluskan x luas
    Berat : 15% daripada nilai tanah yang diluluskan x luas

    Bagi tujuan pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 KTN, bagi tujuan perniagaan (komersial), kadar premium yang dikenakan adalah seperti berikut :

    i. Perniagaan ¾ x 1/100 x nilai tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas
    ii. Industri ¾ x 1/100 x nilai tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk meminda kadar premium tanah bagi tujuan perniagaan (komersial) yang dikenakan di Cyberjaya kerana jumlah premium yang perlu dibayar adalah bergantung kepada nilaian tanah semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.