Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

305) KAKITANGAN DI PEJABAT MENTERI BESAR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kakitangan di Pejabat Menteri Besar berserta dengan jumlah gaji yang dibayar mengikut jawatan amsing-masing.

    (a)  Pejabat Menteri Besar Selangor mempunyai seramai 31 orang kakitangan yang terdiri daripada 30 orang kakitangan Tetap/Kontrak yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPAN) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dan seorang (1) kakitangan lantikan Polis DiRaja Malaysia yang dipinjamkan sebagai Juruiring Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Jumlah gaji dan elaun kakitangan Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor akan di berikan hanya kepada YB Ahli Dewan Negeri yang bertanya dan harus diingatkan bahawa YB Ahli Dewan Negeri mestilah bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut di bawah Akta Perlindungan Peribadi 2010 (Akta 709) adalah berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.