Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

28) KAKITANGAN PKNS HOLDINGS SDN. BHD.

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dikatakan 23 kakitangan kontrak PKNS Holdings telah dipecat. Apakah latar belakang dan kronologi isu ini?

    Bil. Tarikh Perkara
    1. 27 September 2013 Pengauditan dijalankan ke atas Pengurusan Pelantikan Anggota daripada PKNS Holdings Sdn. Bhd. Oleh Bahagian Audit dalam PKNS
    2. 31 Disember 2014 Bahagian      Audit      Dalam       telah                        mengeluarkan pemerhatian audit kepada Bahagian Sumber Manusia
    3. 27 Januari 2014 Exit Conference : Pengurusan Pelantikan Anggota daripada PKNS Holdings Sdn. Bhd.

     

    Hadir :

    i.          Timbalan     Pengurus     Besar     (Pentadbiran     & Pembangunan

    ii.       Pengurus Sumber Manusia

    iii.    Ketua Juruaudit Dalam

    4. 3 Februari 2014 Jawapan kepada pemerhatian audit terhadap Pengurusan Pelantikan Anggota daripada PKNS Holdings Sdn. Bhd. Telah disediakan oleh Bahagian Sumber Manusia
    5. 3 Februari 2014 Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran & Pembangunan) mengemukakan Kertas Kerja kepada Pemangku Pengurus Besar

     

    ‘Pemulangan     Semula      Anggota-anggota      Yang

     

    dipinjamkan oleh PKNS kepada PKNS Holdings Sdn. Bhd.
    6. 3 Februari 2014 Mendapat    kelulusan   Pemangku    Pengurus                      Besar dengan catatan.

     

    ‘Kelulusan dari pihak Pengerusi PKNS juga telah diterima pada 3hb Februari 2014’

    7. 3 Februari 2014 Pemangku Pengurus Besar telah mengemukakan surat Penyusunan Semula Organisasi dan Keperluan Sumber Manusia PKNS kepada Pengerusi PKNS Holdings. Sdn. Bhd. Serta mengembalikan semula anggota yang dipinjam seramai 20 orang kepada PKNS Holdings Sdn. Bhd.
    8. 4 Februari 2014 Pemangku Pengurus Besar telah mengemukakan Kertas Makluman kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) :-

     

    ‘Status Pelaksanaan Penamatan Perkhidmatan Anggota-anggota Yang Dipinjamkan oleh PKNS daripada PKNS Holdings Sdn. Bhd.

    9.  

     

     

     

    4 Februari 2014

    20 orang anggota PKNS Holdings Sdn. Bhd. Telah dijemput hadir ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat, Tingkat 9, Menara HPAIC Shah Alam
    Pengerusi PKNS Holdings Sdn. Bhd. Telah menyerahkan surat penamatan kontrak perkhidmatan keapda 19 anggota dan pemulangan seorang pegawai pinjaman kepada PKNS Holdings Sdn. Bhd. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) PKNS.
    10. 10 Februari 2014 PKNS Holdings Sdn. Bhd. Telah menyerahkan cek bayaran ganti notis kepada 19 orang anggota yang terlibat dengan jumlah sebanyak RM292,320.35.
    11. 12 Februari 2014 Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bilangan 1/2014 telah membincangkan mengenai penemuan audit
    12. 13 Februari 2014 18 orang anggota terlibat telah memfailkan Representasi di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
    13. 3 Mac 2014 Mesyuarat    Rundingan   Damai    telah    diadakan    di Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor.

     

    Wakil PKNS Holdings Sdn. Bhd.

    i.     Pengerusi

     

    ii.     Ketua Bahagian Kewangan/HR/Pentadbiran

     

     

    Wakil PKNS

    i.        Timbalan    Pengurus    Besar     (Pentadbiran dan Pembangunan)

    ii.       Pengurus Sumber Manusia

     

    16      orang      wakil      daripada      18      orang           telah mengemukakan beberapa tuntutan.

     

    14.

    4 Mac 2014 Pemangku Pengurus Besar telah mengemukakan Kertas Makluman ‘Status Pelaksanaan Penamatan Perkhidmatan Anggota-anggota yang dipinjam oleh PKNS daripada PKNS Holdings Sdn. Bhd.’ Kepada ahli-ahi Perbadanan (Kertas Mesyuarat Bilangan 05/2014) dan juga mengenai tuntutan berjumlah RM4.9 juta yang dikemukakan oleh 18 orang bekas anggota PKNS Holdings Sdn. Bhd. Board bersetuju dengan tindakan PKNS

     

    Mesyuarat Ahli-ahli Perbadanan bersetuju dengan tindakan PKNS.

    15. 10 Mac 2014 PKNS Holdings Sdn. Bhd. Mengemukakan surat kepada Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor memaklumkan bahawa penamatan perkhidmatan anggota-anggota terlibat adalah mengikut terma-terma di dalam surat tawaran dan ia adalah muktamad.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.